28hb sept. 2011 itu hari Celcom bagi promotion kat Mak aku broadband lite yang RM28 sebulan. Walau tak seberapa cukup buat Mak gembira dengan talifon mudah alih dia, sebab semua org sibuk nak telefon ada internet; terutama abah.
Mak senyap je walau teringin mak tetap pendam dalam-dalam, sanggup berkorban korek duit dekat mana-mana beri duit untuk anak dan suami beli talifon mudah alih yang canggih; sebagai pulangan mak terima je talifon bimbit 3G generasi pertama yang tiada Wi-Fi terpakai dari Abah.
Tiap-tiap malam bila semua dah tidur Mak godek internet dalam talifon bimbit dia nun kat ceruk ruang makan berdekatan dapur, laman sesawang utama yg dibuka suratkhabar, info yang berkurun dia nak buka berkaitan makanan tambahan, telekung, pakaian dan apa je sesawang yang rancangan pada pagi hari sarankan; jenuh dia selak balik diari lama dia, tekun dia bekerjasama dengan Google untuk mendapatkan informasi. Dari situ sudah terserlah keingian Mak nak mengikuti trend semasa seperti Abah walau ada yang menyarankan belikan Mak talifon baru, mak tak mau katanya dia x pakai membazir. Tapi realiti adalah sebaliknya; bukti kena tanya periuk belanga kat dapur yang dok teman dia melayari internet senyap-senyap. Pasti Mak juga terasa sebab rumah ada rangkaian UniFi yang laju tapi dia tak dapat pergunakan sepenuhnya.
Mak, walau teringin apa pun pasti utamakan yang lain dulu. Terima kasih mak.
Terima kasih celcom.

mak memang camtu..mmg akn utamakan yg lain dulu...
ReplyDeleteItu la sifat semula jd sorg mak..xde sifat tu x layak jd mak..ececeh..gurau je..
ReplyDelete