Pages

Wednesday, February 9, 2011

Optimis Sudah

Hahaha..
Girl Kena Reject.
"Aku dah tak sanggup hidup lagi..Dia dah mati..Dia tinggalkan aku sorang-sorang..'
Kind Heart Friend.
"Chillex la..Optimis sudah.."
Girl kena Reject.
"Kepala hotak ko!!aku tengah sedih kau suruh aku chillex.."

Keadaan di atas amat menjengkelkan..
Tapi Kind Heart Friend pun bebal jugak. Patut nak tenangkan orang kena la tengok masa dan keadaan.

Ehem!
Siapa yang pernah alami situasi yang lebih kurang di atas? Mesti ramai. Aku pun pernah. Sumpah betul, tapi kaitanya dengan kehidupan malahan lebih teruk kalau dengan girl relax sambil cari pengganti. kenapa situasi diatas berlaku? Jawapanya ada pada setiap manusia begitu juga dengan tools untuk perbetulkan keadaan. Kenapa aku boleh bercakap macam tu, mesti ada yang kata mengarut mereka akan kata itu lumrah hidup dah nak jadi macam tu mana boleh ubah.

Silap!
Siapa yang hasilkan perasaan tu? Bukan orang lain, diri sendiri. Dulu, puas aku merungut, melihat semua perkara dengan perasaan sinis, melihat kegagalan lebih kepada kejayaan dan pelbagai lagi yang memberi impak negatif. Kemudian aku sedar aku salah degan setiap perkara yang memusnahkan hidup aku secara perlahan-lahan. Percayalah aku besyukur sebab aku terjaga dari mimpi ngeri. Dengan kelajuan super kura-kura aku ubah diri dari pesimis kepada optimis. Memang sukar sebab aku jenis sinis memilih dengan setiap apa dihadapan, aku memilih kesempurnaan walhal tiada yang sempurna atas muka bumi ni sedangkan Pak Lebai pun tersungkur dengan perkara mungkar inikan manusia yang cuma ada perisai kain cotton. kebanyakan nasihat yang aku terima, semua dari pengalaman pemberi nasihat itu sendiri.

Tekan untuk besarkan


Alah! Kalau budak ni dari sekarang  tak jadi budak masjid gamaknya jadi macam kita.

Kata-kata kat atas ni menarik, ini menunjukkan semua perbuatan kita akan datang kalau tak sedar dari awal akan berakhir dengan keadaan yang sama. Aku dapat ayat ni dari sorang mamat yang cuba melakukan godaan untuk ajak aku lepak karaoke tut!tut!tut! Maaf lokasi dan keadaan perlu dirahsiakan. Ngee~

Walau macam manapun, aku akan update apa yang aku dapat dari kehidupan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis: