Pages

Friday, October 28, 2011

Otak Aku Bunuh Akal Aku

Tajuk yang sangat hampas, tajuk bahasa penjajah yg mudah 'Your Thought Killing You'. Perkara ni ramai yang selalu terlepas sedar pada diri sendiri, termasuk aku; akibat dari parkara ni banyak perkara positive makin jauh dari aku (itu dulu yer).

Yes!! Saya mengaku saya salah ok.

Dalam hidup duniawi ni kita ada satu hukum yg semua agama dan bangsa pakai, iaitu Hukum Tarikan lebih famous dikenali 'Law of Attraction'.

Perkataan > Fikiran > Frekuensi > Keputusan

Katakan aku letak abjad mainan dalam satu kotak, kemudian aku susun menjadi perkataan seterusnya aku padankan menjadi perenggan (Fikiran).

Contoh:
Aku langsung tak comel. (banyak lagi contoh dalam kehidupan)

Apa anda rasa?
Perasaan negative seperti berasa sugul, kurang keyakinan diri dan etc; ini adalah frekuensi.

Keputusannya, perasaan ni semua yang menyebabkan perkara negative tertarik pada aku, macam kena marah, putus hubungan dengan keluarga dan etc.

Aku pun selalu confuse perbezaan 'Frekuensi' dan 'Keputusan', jadi aku sentiasa ingat menara pencawang;

Manusia ni macam menara pencawang, memancarkan isyarat dan menerima isyarat; memancarkan adalah 'Frekuensi', menerima adalah 'Keputusan'.
Perkara yang kurang enaknya kita memancarkan hanya satu frekuensi pada satu-satu masa dan hanya terdapat 2 jenis isyarat, Lemah (negative) dan Kuat (positive).

Contoh:
Kita memancarkan isyarat yang lemah, akibatnya ramai yang sumpah seranah kita.
Bila kita memancarkan isyarat yang kuat ramai yang senyap atau memberikan pujian.

Ini yang aku maksudkan 'Your Thought Killing You' dan kita sebenarnya boleh mengubahnya dengan butang 'Reset' dalam diri.

Cool erh!! Human being are great creation.
Will try to find all of this in islam perspective, heard it in a meeting with Din Deraman on 19/10/2011. Kena buat research ni.

Hell yeah my brain keep brainstorming; mean I still had a brain.

Wednesday, October 19, 2011

Dah Hang Nak Reset!!

Alright this post ada related dengan post sebelum ni, ramai selalu blank bila otak dah buntu di saat dilanda masalah. The great thing about human mind and human life, kita boleh Reset balik semuanya.

It's sound totally crap but It's the truth.
If you say we can't change history and our life that's totally crap. Chop!! Oh yes, we can't change history but we can start it over or recreate. Right?

How to?

Perkara ni amat-amat memerlukan latihan, jika kita cuba berterusan selama sebulan insyaallah ia akan kekal.

Baik caranya bila kita mendapat 'Keputusan' kehidupan yang ''Negatif.

Contoh:
Gagal dalam perlumbaan, yang mengakibatkan kita berfikir dunia kita dah berakhir dan mula menyisihkan diri dari segala hal.
Dengan bertindak demikian kita mula berfikiran sangat-sangat negatif.

Penyelesaian: mula lakukan 'RESET'

Dengan cara tanya pada diri 'Apa yang kita inginkan?'

Perkara diatas amat memerlukan 'critical thinking' yang bakal menyerabutkan lagi kepala pegang pada;
'Alah bisa tegal biasa.'
Makin hari pasti terasa fikiran semakin tersusun.

Aku masih lagi mempraktikan perkara ni, sekaran aku praktikkan dalam persekitaran yang lebih positif.

Insyaallah aku pasti mahir dgn cemerlangnya reset mereset ni.

Saturday, October 15, 2011

Hadiah Untuk Mak, Terima Kasih Celcom

28hb sept. 2011 itu hari Celcom bagi promotion kat Mak aku broadband lite yang RM28 sebulan. Walau tak seberapa cukup buat Mak gembira dengan talifon mudah alih dia, sebab semua org sibuk nak telefon ada internet; terutama abah.
Mak senyap je walau teringin mak tetap pendam dalam-dalam, sanggup berkorban korek duit dekat mana-mana beri duit untuk anak dan suami beli talifon mudah alih yang canggih; sebagai pulangan mak terima je talifon bimbit 3G generasi pertama yang tiada Wi-Fi terpakai dari Abah.
Tiap-tiap malam bila semua dah tidur Mak godek internet dalam talifon bimbit dia nun kat ceruk ruang makan berdekatan dapur, laman sesawang utama yg dibuka suratkhabar, info yang berkurun dia nak buka berkaitan makanan tambahan, telekung, pakaian dan apa je sesawang yang rancangan pada pagi hari sarankan; jenuh dia selak balik diari lama dia, tekun dia bekerjasama dengan Google untuk mendapatkan informasi. Dari situ sudah terserlah keingian Mak nak mengikuti trend semasa seperti Abah walau ada yang menyarankan belikan Mak talifon baru, mak tak mau katanya dia x pakai membazir. Tapi realiti adalah sebaliknya; bukti kena tanya periuk belanga kat dapur yang dok teman dia melayari internet senyap-senyap. Pasti Mak juga terasa sebab rumah ada rangkaian UniFi yang laju tapi dia tak dapat pergunakan sepenuhnya.

Mak, walau teringin apa pun pasti utamakan yang lain dulu. Terima kasih mak.


Terima kasih celcom.

Monday, September 26, 2011

Tempat nak bunuh diri

Hahaha..semestinya la kan..selalu aku tengok orang nak bunuh diri kt tempat tak sedap mata memandang langsung..tak pun tempat biasa mata memandang..
Kat bilik air, kat alang rumah, dalam bilik atau shopping complex cam KB Mall..

Cuba bunuh diri kat sini mesti rasa heaven gila..
yelah..dah mati sah-sah masuk neraka..
Rasa la sikit syurga dunia..

Putus semua; atas bawah abai semua.

Kalut..
Dunia aku makin hari makin terabai sama macam dinding tandas yg dh berminggu aku abai nk cuci..
Dakinya setebal hati aku, lubang tersumbat sama macam otak aku yang dah tepu..hahaha..
Sekarang 'mood' 'job hunting' tak tau apa yang aku cuba cari dalam hidup..
Habis semua aku salahkan..
Walau macam mana aku akan tetap cuba berubah..
Walau siapa aku salahkan, walau apa aku cuba lakukan..
Semua diri sendiri yang jd consultant pilih jalan..

Wednesday, February 9, 2011

Optimis Sudah

Hahaha..
Girl Kena Reject.
"Aku dah tak sanggup hidup lagi..Dia dah mati..Dia tinggalkan aku sorang-sorang..'
Kind Heart Friend.
"Chillex la..Optimis sudah.."
Girl kena Reject.
"Kepala hotak ko!!aku tengah sedih kau suruh aku chillex.."

Keadaan di atas amat menjengkelkan..
Tapi Kind Heart Friend pun bebal jugak. Patut nak tenangkan orang kena la tengok masa dan keadaan.

Ehem!
Siapa yang pernah alami situasi yang lebih kurang di atas? Mesti ramai. Aku pun pernah. Sumpah betul, tapi kaitanya dengan kehidupan malahan lebih teruk kalau dengan girl relax sambil cari pengganti. kenapa situasi diatas berlaku? Jawapanya ada pada setiap manusia begitu juga dengan tools untuk perbetulkan keadaan. Kenapa aku boleh bercakap macam tu, mesti ada yang kata mengarut mereka akan kata itu lumrah hidup dah nak jadi macam tu mana boleh ubah.

Silap!
Siapa yang hasilkan perasaan tu? Bukan orang lain, diri sendiri. Dulu, puas aku merungut, melihat semua perkara dengan perasaan sinis, melihat kegagalan lebih kepada kejayaan dan pelbagai lagi yang memberi impak negatif. Kemudian aku sedar aku salah degan setiap perkara yang memusnahkan hidup aku secara perlahan-lahan. Percayalah aku besyukur sebab aku terjaga dari mimpi ngeri. Dengan kelajuan super kura-kura aku ubah diri dari pesimis kepada optimis. Memang sukar sebab aku jenis sinis memilih dengan setiap apa dihadapan, aku memilih kesempurnaan walhal tiada yang sempurna atas muka bumi ni sedangkan Pak Lebai pun tersungkur dengan perkara mungkar inikan manusia yang cuma ada perisai kain cotton. kebanyakan nasihat yang aku terima, semua dari pengalaman pemberi nasihat itu sendiri.

Tekan untuk besarkan


Alah! Kalau budak ni dari sekarang  tak jadi budak masjid gamaknya jadi macam kita.

Kata-kata kat atas ni menarik, ini menunjukkan semua perbuatan kita akan datang kalau tak sedar dari awal akan berakhir dengan keadaan yang sama. Aku dapat ayat ni dari sorang mamat yang cuba melakukan godaan untuk ajak aku lepak karaoke tut!tut!tut! Maaf lokasi dan keadaan perlu dirahsiakan. Ngee~

Walau macam manapun, aku akan update apa yang aku dapat dari kehidupan.

Tuesday, February 8, 2011

Senyuman Plastik a.k.a Hipokrit

Owx..body gesture can tell everything..
Cold reading mudah untuk tahu seseorang tu bagi senyuman ikhlas yg menawan atau senyuman plastik..
Penting nih kala nak tau org tu ikhlas atau tidak..

   

Diambil dari http://www.blifaloo.com/info/lies.php
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis: